Terdapat banyak sebab kenapa perlindungan Takaful diperlukan dan ini telah dihuraikan dalam banyak blog dan website. Di sini saya hanya ingin berkongsi apa yang saya dengari melaui radio ikimfm beberapa hari yang lepas. Ianya adalah berkaitan perancangan masa depan. Harap-harap pemahaman dan ingatan saya ni betul. Kalau ada kesilapan, sila perbetulkan.
Kita semasa dalam kandungan ibu, telah diciptakan Allah dengan kaki dan tangan serta pelbagai panca indera lain padahal kita tidak memerlukan semua itu pada masa kita berada dalam kandungan ibu. Semua anggota itu hanya diperlukan apabila kita telah berada diluar dari kandungan nanti. Allah telah persiapkan kita selama 9 bulan dalam kandungan ibu dengan semua keperluan kita apabila dilahirkan nanti. Begitulah kiasan dan pengajaran yang diberikan oleh penceramah tersebut berkenaan perancangan masa depan yang Allah telah tunjukkan dalam proses kejadian makhlukNya.
Jika dikaitkan dengan takaful, keperluan dan persediaan kita biarlah dibuat seawal mungkin. Semasa usia muda, perlindungan disediakan oleh ibubapa atau penjaga. Apabila kita telah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, peruntukkanlah sebahagian kecil dari pendapatan kita untuk membayar premium takaful. Biasanya dalam lingkungan 5-10 % dari jumlah gaji kita. Kita tak tahu bila musibah penyakit, kemalangan ataupun kematian akan menjengah. Dengan adanya perlindugan takaful, ianya akan dapat mengurangkan sedikit kesengsaraan terhadap diri atau tanggungan kita.
Takaful jika diniatkan dengan betul boleh menjadi antara amalan yang dapat membantu kita diakhirat nanti. Ini ialah kerana caruman yang dibuat dapat membantu saudara kita yang ditimpa musibah mengambil menafaat daripada caruman yang dibuat oleh pencarum takaful yang lain. Tabarru' merupakan sedekah dari semua pencarum yang diletakkan dalam satu tabung. Tabung tersebut dinamakan Tabung Risiko. Ia menempatkan derma terkumpul para peserta. Fungsi dana ini adalah sebagai bantuan kepada peserta yang ditimpa musibah.

Daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya: Apabila matinya
anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan tiga perkara: Sedekah
yang berterusan, ataupun ilmu yang memberikan manfaat, ataupun anak yang soleh
yang berdoa kepadanya. (riwayat Muslim)